Affiliate Program ”Get Money from your Website”

Thursday 12 January 2012

Apa itu IPTV????

IPTV ( Televisyen Protokol Internet ) ialah sejenis sistem yang mana satu perkhidmatan televisyen digital disampaikan menggunakan Protokol Internet merentasi sebuah prasarana rangkaian yang boleh merangkumi penyampaian melalui sambungan jalur lebar.


Definisi am bagi IPTV ialah kandungan televisyen yang bukan disalurkan melalui format penyiaran dan kabel biasa, sebaliknya diterima oleh penonton melalui teknologi yand digunakan untuk rangkaian komputer


Untuk pengguna perumahan, IPTV sering disediakan bersempena video atas permintaan (VOD - Video On Demand) dan boleh diikat dengan perkhidmatan internet yang lain seperti capaian Web dan VoIP. Pengikatan komersial IPTV, VoIP dan capaian internet dalam satu pakej dipanggil perkhidmatan Triple Play. IPTV biasanya dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan yang menggunakan prasarana rangkaian tertutup. Pendekatan rangkaian tertutup ini bersaing dengan penyampaian kandungan TV melalui internet awam, iaitu Televisyen Internet. Dalam perniagaan pula, IPTV boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan televisyen melalui LAN korporat


 Hakim Razak